Ghairah – Amy Search Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Amy Search » Magic » Ghairah – Amy Search

Ghairah – Amy Search

Terkesimaku di matajala maya
Ghairah bagai makan malakamo
Sumpahan silam masih belum jelas

Ku pasrahkan kudrat iradat
Bersemadi
Sebagai tekad yang terakhir
Melamar ilham

Bersipongan nama kasihku yang kudus
Ghairah membungkam ronggongnya malam
Mencerobohi lenaku yang pulas
Melantunkan bahang merangsangkan

Ku bingkas lawan
Falsafah kosong
Pendita pseudo
Yang menyesatkan

Fitrah sedari zaman azali
Setiap insan lahirnya
Untuk mengenal khaliknya

Bergelora prahara kebenarannya
Ghairah menyelubung perasaan
Sehingga pulih semangat jati
Manusia yang bergelar insan

Jejak dalam sedar
Gerak dalam sedar
Nyalak dalam sedar
Rancak dalam sedar
Rangkak dalam sedar

Henyak dalam sedar
Golak dalam sedar
Tacak dalam sedar
Gelak dalam sedar
Sedar dalam sedar

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq




Leave a Comment

Scroll to top