Panggilan Pulau – Exist Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Exist » Anugerah » Panggilan Pulau – Exist

Panggilan Pulau – Exist

Dalam penghijrahan destinasi itu
Ku dibuai gambaran pulau yang indah
Ramai yang bertandang dikatakan bahagia
Walau hanya perhentian sementara

Ku terhibur dengan bunga-bunga indah
Dan kejayaan keamanan di buminya
Malam siang ku gembira hingga alpa
Ditinggalkan kafilahku..

Pawana melanda, menggegar buminya
Pawana melanda, menggegar buminya

(*)
Jarum mula mencengkam pabila pulau terbenam
Yang tinggal insan-insan diulit oleh siluman..

Dalam penghijrahan destinasi itu
Jelas kesal bukan satu perbandingan
Ramai yang tersilap langkah nan kecundang
Bagai memburu di dunia..

(Ulang *)

Hanya pada Tuhan ku berserah
Kerna percaturan ku binasa
Aku ingin terlepas dari bencana
Dari balah di dunia..

Pawana melanda, menggegar buminya
Pawana melanda, menggegar buminya

Dalam kalut ku sedar
Ditelan mimpi mainan
Sebagai anugerah telagahkan hidayah..

Lagu: Ujang
Lirik: Baiduri




Comments (1)

Leave a Comment

Scroll to top