Pasrah – Iklim Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Iklim » Iklim » Pasrah – Iklim

Pasrah – Iklim

Mengapakah gelisah perasaan dibadai resah
Sedangkan segalanya seakan sempurna

Nilai gurauan tiada lagi kemanisannya
Hidup nan bebas bagaikan penjara
Mungkin kemelut di jiwa
Yang terlantar kekosongan
Yang merindukan belaian asmara

Walau betapa asyiknya ku rasakan
Tulus kasih mewarna sanubari
Walau curiga cuba meracuni rasa
Takkan goyah keyakinan ini

Inikah kehendak cinta
Yang rindukan kepulangan
Agar tak berjauhan lagi
Darinya kasih

Kini betapa hebatnya ku rasakan
Keikhlasan mewarnai sanubari
Walau curiga cuba meracuni rasa
Takkan goyah keyakinan ini

Di puncak kesepianku
Ku mengenali kilauan permata
Di pinggir kesyahduan
Ku pasrah kepadaNya

Lagu: Razman
Lirik: Arab




Leave a Comment

Scroll to top