Menyinyir – Iklim Reviewed by Momizat on . Nampak satu yang tak nampak ada dua tiga empat Sampai beratus pun boleh (beratus mungkin boleh) Satu jengkal kadang kala boleh jadi empat jengkal Janji jadi tak Nampak satu yang tak nampak ada dua tiga empat Sampai beratus pun boleh (beratus mungkin boleh) Satu jengkal kadang kala boleh jadi empat jengkal Janji jadi tak Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Iklim » Salam Perpisahan » Menyinyir – Iklim

Menyinyir – Iklim

Nampak satu yang tak nampak ada dua tiga empat
Sampai beratus pun boleh (beratus mungkin boleh)

Satu jengkal kadang kala boleh jadi empat jengkal
Janji jadi tak benar (Biarpun tak benar)

Ada saja tambahannya ada saja tokoknya
Dasar mulut si tempayan memang gitu sifatnya

(*)
Dasar kepoh kononnya ini
Order baru dunia terpilih di PBB (terpilih di PBB)
Satu mata yang kau buka kalau orang lain benar
Kadang ternampak biasanya tak nampak
(Biasanya tak nampak)

Percaturan warga besar itu paling utama
Warga kecil kalau lenyap kau biarkan kau biarkan

Menyinyir dari Afrika sampai ke nusantara
Menyinyir dengan CNN dan BBC
Menyinyir bertepuk sorak si tempang akal
Mujurlah mindaku terbuka tak buta
Mujurlah aku ini warga Malaysia

(Ulang *)

Lagu: Mohalim
Lirik: Siso




Leave a Comment

Scroll to top