Formula – KRU Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » KRU » Formula Luarbiasa » Formula – KRU

Formula – KRU

Jangan cemburu…. ku kalis peluru
Sesudah hampir sepuluh tahun aku di sini
Ramai yang telah datang dan ramai telah pergi
Daripada cuba membina diri sendiri
Aku dijadikan sasaran setiap kali
Namun aku tak mahu membuangkan masaku
Belajarlah dahulu baru jadi lawanku
Hentikanlah hina cela, ku terus menjajah dunia
Kerana aku ada.. yang engkau tak ada

Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula
Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula

Hanya masa membeza permata dan kaca
Siapa masih berkuasa membukti karisma
Jangan terburu-buru, janganlah terkeliru
Dengan sokongan plastik yang sememangnya anti aku
Namun apa ‘kan daya puaskan hati semua
Dunia dinamik selera berbeza-beza
Ku teruskan dengan caraku melaungkan agendaku
Jangan kau menaburkan dusta kerna cemburu

Wahai semua dengarlah apa yang ku kata
Tiada siapa yang boleh kau percaya
Hari ini benar berjanji sehidup semati
Esok mungkin kerna dia engkau mati
Begitulah rahsia untuk terus berjaya
Evolusi irama maksud seribu makna
Apa saja ku kata aku lakukan sempurna
Kerna aku ada yang mereka tak ada..

Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula
Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula

Sudah merata-rata, gegar sedunia
Aku tak gentar dengan cabaran yang tak ke mana
Katakan saja tempatnya, bilakah masanya
Sentiasa sedia kerna ku di pihak benar
Bersenjatakan formula, formula yang telah terbukti
Jangan kau sembunyi, kau dapat kucari
Bukan mendabik dada siapa perkasa
Sekadar menyedarkan mereka yang terpedaya

Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula
Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula

Lagu/Lirik: Norman/Yusry/Edry




Leave a Comment

Scroll to top