Teka-Teki – KRU Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » KRU » Formula Luarbiasa » Teka-Teki – KRU

Teka-Teki – KRU

Khabar sudah tersebar di dada surat khabar
Bakal menggegar jika tiada ikhtiar
Secara langsung atau tidak langsung
Kita mungkin terjejas, ini hakikat jelas
Mungkin kau ‘kan terkena tamparan keras
Mungkin juga kau hanya ‘kan terkena tempias
Walau apa juga, haruslah berwaspada
Ini amaran bahaya jadi sedialah semua
Bila sedunia menjadi gila
Tiada arah…
Jangan kau kata kau tiada kena-mengena

Sedar tidak sedar ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada tapi wujud sedunia
Cuba…teka apakah jawapannya

Teknologi terkini diguna tiap hari
Kebnanggaan generasi, kemampuan dipuji
Aplikasi di mana saja, buat dunia berputar
Informasi itu kuasa
Setiap kelebihan ada kekurangan
Setiap kebaikan ada keburukan
Inilah hakikat ciptaan manusia
Tiada yang sempurna…perkara biasa
Lihatlah saja, persediaan semua
Jangan kau saja
yang terpinga-pinga tanpa membuat apa

Sedar tidak sedar ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada tapi wujud sedunia
Cuba…teka apakah jawapannya

Hari demi hari ia semakin hampiri
Tak siapa tahu segala bakal tragedi
Bagaikan bom masa menantikan letupannya
Cuba…teka apakah jawapannya

Kau masih punyai masa bertindaklah segera
Setiap kesukaran ada jawapannya
Langkah pertama, bukakanlah mata,
bukakan telinga, guna akal dan minda
Dalam menuju alaf baru,lengkapkan senjatamu
Mengawal keadaan, kawalkan fikiran
Berhati-hati sebelum apa terjadi
Virus yang bakal mencemari, menghampiri pasti

Sedar tidak sedar ia berkuasa
Bisa membinasa apa dicipta manusia
Jasadnya tiada tapi wujud sedunia
Cuba…teka apakah jawapannya

Hari demi hari ia semakin hampiri
Tak siapa tahu segala bakal tragedi
Bagaikan bom masa menantikan letupannya
Cuba…teka apakah jawapannya

Lagu/Lirik: Norman/Yusry/Edry



Leave a Comment

Scroll to top