Zen (Bikin Wilayah) – Search Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Search » Bikin Wilayah » Zen (Bikin Wilayah) – Search

Zen (Bikin Wilayah) – Search

Rimba ganas
Penuh warga buas
Hidup berpetua tindas menindas

Pantang leka mangsa dilibas
Tak kenal erti belas
Tak puas puas
Biar perut dah….kebas

Kuku putih
Diselaputi darah
Masih juga lagi tagih nyawa

Kecil besar main bantai rata
Dari depan kalah
Dicuba pula
Kuntau tipu…daya

Oh masing-masing
Bikin wilayah

Sisa najis jadikan petanda
Amarannya dilubuk situ
Segala-gala dia sahaja punya

Luar kota
Yang tidak bernama
Seorang gila asyik bertanya
Mana pergi semua warga
Yang dipanggil manusia

Hilang mana
Hilang mana

Lagu: Fauzi, Noordin, Yazid & Kid
Lirik: Loloq




Leave a Comment

Scroll to top