Di Taman Teman โ€“ Siti Nurhaliza Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Siti Nurhaliza » Lentera Timur » Di Taman Teman โ€“ Siti Nurhaliza

Di Taman Teman โ€“ Siti Nurhaliza

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman mu
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh ku berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Hairul Anuar Harun




Leave a Comment

Scroll to top