Azimat Cinta – Siti Nurhaliza Reviewed by Momizat on . Cahaya cinta menyinar Berkilauanlah selautan kasih Bercahaya Bagaikan butiran permata Seolah-olah terapung Dipermukaannya Daku menjejaki pantai rindu Mengutip k Cahaya cinta menyinar Berkilauanlah selautan kasih Bercahaya Bagaikan butiran permata Seolah-olah terapung Dipermukaannya Daku menjejaki pantai rindu Mengutip k Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Siti Nurhaliza » Safa » Azimat Cinta – Siti Nurhaliza

Azimat Cinta – Siti Nurhaliza

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampar
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cintaku

(*)
Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta di jiwa
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hazida




Leave a Comment

Scroll to top