Kegerbang Sejahtera – Spring Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Spring » Bourgenvilla » Kegerbang Sejahtera – Spring

Kegerbang Sejahtera – Spring

Aduhai..
Kekasih masih kau datang
Dalam mimpiku
Lama keresahan hilangmu

Engkau yang rentapkan
Kasih sayangku
Bagai belati
Menyongsang ke umbi hati ini

Bukannya
Sekelip mataku cari
Penawar luka
Hidup tak bermakna sengsara

Apa daya Tuhan tentukan
Tak terjangkau dalam fikiran
Pulangmu tiada kusangka
Di depanku kenyataan

(*)
Tak sampai hatiku membisu
Mendengar rintihan rayumu
Kerna kasih masih terasa
Tanganmu ku sambut jua

Buat pertama dan selamanya
Pernah tergoncang dunia kita
Mawar asmara gugur ditanganku
Dan ku baja semula

Kini bersinarlah cakerawala
Kumahkota kau sebagai cinta
Hempedu dulu jadi
Senjata kubu cinta

Dengan iman dan rasa ketakwaan
Kita kasih kan melangkah
Kegerbang sejahtera

(Ulang *)

Kukuh cinta dengan iman
Dan rasa ketaqwaan

Aduhai.. kekasih
Usah dikenang malang hidupku
Kukorbankan demi untukmu..

Lagu: Isa
Lirik: Zarith




Leave a Comment

Scroll to top