Harimau Malaya – Spring Reviewed by Momizat on . Mula lahirmu ke akhir hayat Catitan hidupmu termaktub sudah Membasmi menghancurkan pengkhianat bangsa Titisan darahmu mencipta sejarah Telah bersaksi langit dan Mula lahirmu ke akhir hayat Catitan hidupmu termaktub sudah Membasmi menghancurkan pengkhianat bangsa Titisan darahmu mencipta sejarah Telah bersaksi langit dan Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Spring » Sampai Hati » Harimau Malaya – Spring

Harimau Malaya – Spring

Mula lahirmu ke akhir hayat
Catitan hidupmu termaktub sudah
Membasmi menghancurkan pengkhianat bangsa
Titisan darahmu mencipta sejarah

Telah bersaksi langit dan bumi
Strategi tempurmu menakutkan musuh
Kuasa besar yang tamak dan angkuh
Tiada kau gentar malah kau rempuh

Tiada kau kenal tak gentar saudara
Pembelot kan hapus di hujung senjata
Bencinya dikau kepada penindasan
Rela kau lebur dari berputih mata

Wira perkasa gugur bagai pahlawan
Gagah setia dari zaman ke zaman

Kini semuanya telah berakhir
Jasa budimu kan terus terukir
Bangun temanku tiupkan semangatmu
Belang yang tinggal takkan jadi abu

Wira perkasa gugur bagai pahlawan
Hidup berjasa ketulusan keazaman
Gagah setia dari zaman ke zaman
Harimau malaya menjadi kebanggaan

Lagu/Lirik: Zaha

 



Leave a Comment

Scroll to top