Setitis Hujan Dalam Lautan – Spring Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » Spring » Sampai Hati » Setitis Hujan Dalam Lautan – Spring

Setitis Hujan Dalam Lautan – Spring

Aku di ibaratkan hanya setitis hujan
Dan engkau seluasnya lautan
Jatuh aku ke dasarmu
Hilanglah aku di dalam cintamu

Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
Setitis hujan dalam lautan
Dengan penuh kesedaran
Oh segalanya aku serahkan

(*)
Seandainya ternilai cintaku
Pasti tak terbayang agungnya cinta Mu
Seandainya aku diterima
Di pantai manapun sanggup ku berada

Seandainya sesaat terleka
Lemparlah diriku kemana Kau suka

KeranaMu aku merelakan
Walau pasang surut tidakku peduli
Walau hilang duniaku… oh

(Ulang *)

Aku hanya setitis hujan dalam lautan
Di samping Mu tidak kelihatan
Segalanya ku serahkan
Kerana cinta aku merelakan

Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
Setitis hujan dalam lautan
Dengan penuh kesedaran
Hilanglah aku di dalam cintaMu…

Lagu: Adi Jagat
Lirik: S Amin Shahab




Leave a Comment

Scroll to top