Mabuk Tujuh Lautan – Wings Reviewed by Momizat on . Demi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kikisan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Aduhai ratu kosmik Kau ku edan Dan ku Demi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kikisan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Aduhai ratu kosmik Kau ku edan Dan ku Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Wings » Double Trouble » Mabuk Tujuh Lautan – Wings

Mabuk Tujuh Lautan – Wings

Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar di nyali
Tak pernah ku naksir
Kikisan namamu

Pabila kelodan melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik
Kau ku edan
Dan ku asyik

Kurniakan
Pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah
Keranamu
Menyuluh laluan penuh karang
Di balik gelora

Sungguh
Aku tagih
Kama
Keramatmu
Kasihanlah

Ku yang mabuk 7 lautan
Mendamba sempadan kabut dua rasa
Tinggal membilang layang-layang
Sejak hilang jejak hari dan minda

Kurniakan
Pintaan tulus fakirmu
Restulah ratu
Kerana anggunmu
Pada ku yang sengsara

Sungguh
Aku rindu
Kama
Keramatmu
Restuilah

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq




Leave a Comment

Scroll to top