Aku Yang Hilang โ€“ XPDC Reviewed by Momizat on . Rating: 0

You Are Here: Home » Melayu » XPDC » Rasopariso » Aku Yang Hilang โ€“ XPDC

Aku Yang Hilang โ€“ XPDC

Terlalu hitam
Untukku lemparkan silam
Makin mencengkam
Sebati sampai ke tulang ini

Di dalam ada rintih
Di dalam makin sadis
Terdengar tak upaya
Meronta tiada makna

Aku yang hilang
Mahkota insan
Silaunya silam
Tiada sempadan

Nipis kalbuku
Keinsanan hampir lebur
Alpa memburu
Di segenap detik waktu

Sarat bebanan
Pandangan semakin kelam
Kiri dan kanan
Bagaikan sinis memandang

Sengsara ku berzaman
Merintih tak tertahan
Bawalah daku pulang
Mencuci dosa silam

Aku yang tertipu
Menghirup seteru
Meronta jasadku
Mengharap yang satu

Aku yang hilang
Mahkota insan
Silaunya silam
Tiada sempadan
Aku yang hilang

Lagu: Izo XPDC
Lirik: Azman




Leave a Comment

Scroll to top