Dikir Motivasi – Cikgu Naim Reviewed by Momizat on . [youtube v="26KQuU6a224"] [divide] Ambo nyanyi lagu berdikir sebagai ceramah motivasi Adik-adik kena fikir terutama hok dok tengah ngaji Loni zaman dunia moden [youtube v="26KQuU6a224"] [divide] Ambo nyanyi lagu berdikir sebagai ceramah motivasi Adik-adik kena fikir terutama hok dok tengah ngaji Loni zaman dunia moden Rating: 0

You Are Here: Home » Dikir Barat » Cikgu Naim » Dikir Motivasi – Cikgu Naim

Dikir Motivasi – Cikgu Naim

Ambo nyanyi lagu berdikir sebagai ceramah motivasi
Adik-adik kena fikir terutama hok dok tengah ngaji
Loni zaman dunia moden zaman sains teknologi
Semua bangsa pakat bertanding nak mengangkat harga diri

Keperluan alaf baru semakin hari semakin canggih
Bukan setakat perlu tahu baca Quran baca Hadis
Bidang lain juga perlu Matematik dan Inggeris
Semua bidang kita maju jadi orang serba boleh

Kehidupan sudah bertukar gaya hidup banyak beralih
Sakit demam watgi spital orang tak bomo dah dengan sirih
Telefon nampak gambar boleh bekecek hantar mesej
Kalau kita tokse belajar bangsa kita orang tindih

Teknologi zaman moden mengubah hidup manusia
Cuma picit suis dinding kipas musing lampu nyala
Puyok menanak kuali goreng loni pakai letrik belaka
Sikit lagi tak mustahil kereta api atas udara

Teknologi alaf baru koho sari koho molek
Kereta deras macam peluru ada robot boleh bekecek
Satelit di langit biru orang berlumba duk lancar roket
Kalau kita tokse maju bangsa kita orang golek

Ni bukan zaman keris lembing senjata kayu tongkat buluh
Kapal terbang takdok stering peluru berpandu kawalan jauh
Bom nuklear hok boleh neking kuasa letupan nyalokey guruh
Bakpo kita tokse bersaing tunjuk retek kita ni jaguh

Malaysia depan hari adik-adik kena bina
Untuk bela maruah sendiri dengan ilmu hak adik terima
Ilmu Sains teknologi zaman loni sangat berguna
Jadi bangsa dihormati aman makmur selama-lama

Ambo nyanyi lagu berdikir sebagai ceramah motivasi
Adik-adik kena pikir terutama hok duk tengah ngaji
Loni zaman dunia moden zaman sains teknologi
Semua bangsa pakat bertanding nak mengangkat harga diri



Leave a Comment

Scroll to top