Jauhar Cintaku – Damasutra Reviewed by Momizat on . [youtube v="Rh6_dVT10Bg"] [divide] Ke manakah hilang kasturi kasihmu Dalam syurgawi cinta kita dulu Bagaikan tak percaya perubahanmu Dalam manis cinta rasa hemp [youtube v="Rh6_dVT10Bg"] [divide] Ke manakah hilang kasturi kasihmu Dalam syurgawi cinta kita dulu Bagaikan tak percaya perubahanmu Dalam manis cinta rasa hemp Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Damasutra » Penawar » Jauhar Cintaku – Damasutra

Jauhar Cintaku – Damasutra

YouTube video

Ke manakah hilang kasturi kasihmu
Dalam syurgawi cinta kita dulu
Bagaikan tak percaya perubahanmu
Dalam manis cinta rasa hempedu

Seribu tahun janji kau lafazkan
Hancur berkecai cuma semalaman
Kau terpedaya kerna kilauan kaca
Yang kau sangka intan aku kau tinggalkan

Biarpun kau ku jaga bagai bulan
Dan ditakdir bermadu dengan bintang
Sinar kasihku keasingan berlumpuran
Hingga aku terbuang di hatimu

Melihat kau memadu kasih baru
Tiada dendam di hatiku terhadapmu

Keasyikan dengan harta
Pasti hancur dengan kuasa
Keegoan paras dan rupa
Akan luntur masanya

Jangan nanti engkau kesali
Harta rupa tiada lagi
Kasih cinta tanpa syukuri
Nikmat tak kau rasai

[Muzik]

Biarpun kau ku jaga bagai bulan
Dan ditakdir bermadu dengan bintang
Sinar kasihku keasingan berlumpuran
Hingga aku terbuang di hatimu

Melihat kau memadu kasih baru
Tiada dendam di hatiku terhadapmu

Keasyikan dengan harta
Pasti hancur dengan kuasa
Keegoan paras dan rupa
Akan luntur masanya

Jangan nanti engkau kesali
Harta rupa tiada lagi
Kasih cinta tanpa syukuri
Nikmat tak kau rasai

Jauhar cintaku warisan pujangga
menilai cinta tiada bandingannya
Kau insan tetapi berhatikan kaca
Pastikan berderai dan jiwa merana
Sesal tiada guna..

Lirik: Zurain
Lagu: Isa Gravity



Leave a Comment

Scroll to top