Senjata Sulit – Iklim Reviewed by Momizat on . [youtube v="uBmzihlbWrQ"] [divide] Pada satu simpang Ku pilih satu jalan Yang ku rasa jarang Diambil lain orang Ikutkan bisikan yang di dalam Melawan kata silam [youtube v="uBmzihlbWrQ"] [divide] Pada satu simpang Ku pilih satu jalan Yang ku rasa jarang Diambil lain orang Ikutkan bisikan yang di dalam Melawan kata silam Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Iklim » Iklim » Senjata Sulit – Iklim

Senjata Sulit – Iklim

YouTube video

Pada satu simpang
Ku pilih satu jalan
Yang ku rasa jarang
Diambil lain orang

Ikutkan bisikan yang di dalam
Melawan kata silam
Tekadkan tak mahu berundur pulang
Biarpun bercerai nyawa dengan badan

Tiba hujung jalan
Ku jumpa lagi simpang
Yang pernah merintang
Pada siang semalam

Berdebar perasaan yang girang
Bak kumbang dapat kembang
Pabila sedar tamatnya cabaran
Berakhir langkah melewati bundaran

Tak rugi ku cagar
Segala untuk bermimpi
Kerana sangkaan
Bebanan hanya pengasah

Mengasuh diri menjadi gagah
Menyulam jiwa menjadi teguh
Menyusun minda menjadi pintar
Membina cita menjadi nyata
Membentuk azam menjadi senjata sulit
Kerana menumpaskan keangkuhan

[Solo]

Tiba hujung jalan
Ku jumpa lagi simpang
Yang pernah merintang
Pada siang semalam

Berdebar perasaan yang girang
Bak kumbang dapat kembang
Pabila sedar tamatnya cabaran
Berakhir langkah melewati bundaran

Tak rugi ku cagar
Segala untuk bermimpi
Kerana sangkaan
Bebanan hanya pengasah

Mengasuh diri menjadi gagah
Menyulam jiwa menjadi teguh
Menyusun minda menjadi pintar
Membina cita menjadi nyata
Membentuk azam menjadi senjata sulit
Kerana menumpaskan keangkuhan yeah

Lirik: Loloq
Lagu: Karma



Leave a Comment

Scroll to top