Kembali – Iklim Reviewed by Momizat on . [youtube v="3LrTq6XZYDc"] [divide] Selangkah jalan kembali Seribu caci dan maki Sepatah aku bersuara Seribu silapnya Di manakah kebenaran Yang engkau inginkan C [youtube v="3LrTq6XZYDc"] [divide] Selangkah jalan kembali Seribu caci dan maki Sepatah aku bersuara Seribu silapnya Di manakah kebenaran Yang engkau inginkan C Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Iklim » Pergimu Satu Tanda » Kembali – Iklim

Kembali – Iklim

YouTube video

Selangkah jalan kembali
Seribu caci dan maki
Sepatah aku bersuara
Seribu silapnya

Di manakah kebenaran
Yang engkau inginkan
Cinta untuk semua insan
Atas nama Tuhan

Dengan bekalan sesuap janji
Terus mencari jalan kembali
Janji kepada diri sendiri
Janji termatri di lubuk hati

Setiap langkahku dicurigai
Walaupun setelah tangan dicuci
Apakah sekali tercoreng muka
Kekal selamanya

Mestikah tertera taubat dan ampun
Kopiah dan jubah untuk ditonton
Atau menjadi musafir misteri
Di kampung sendiri

Hanya kekasih yang tahu
Setiap watakku
Watak buruk dan baik
Ku serah pada-Mu

[Solo]

Dengan bekalan sesuap janji
Terus mencari jalan kembali
Janji kepada diri sendiri
Janji termatri di lubuk hati

Setiap langkahku dicurigai
Walaupun setelah tangan dicuci
Apakah sekali tercoreng muka
Kekal selamanya

Mestikah tertera taubat dan ampun
Kopiah dan jubah untuk ditonton
Atau menjadi kelana misteri
Di kampung sendiri

Hanya kekasih yang tahu
Setiap watakku
Watak buruk dan baik
Ku serah pada-Mu
Oh kepada-Mu..

Lirik: S. Amin Shahab
Lagu: Isa Gravity



Leave a Comment

Scroll to top