Hanya Satu Persinggahan – Saleem Reviewed by Momizat on . [youtube v="YFUcT5EfTx8"] [divide] Di sini kasih pernah berbunga Tiada harum tiada warna Di sini cinta pernah membara Tanpa bahang dan tanpa apinya Begini yang [youtube v="YFUcT5EfTx8"] [divide] Di sini kasih pernah berbunga Tiada harum tiada warna Di sini cinta pernah membara Tanpa bahang dan tanpa apinya Begini yang Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Saleem » Gabungan 2 Insan Seni » Hanya Satu Persinggahan – Saleem

Hanya Satu Persinggahan – Saleem

YouTube video

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabdian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

[Solo]

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap
Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabdian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Hanyalah satu persinggahan

Lirik: S. Amin Shahab
Lagu: Wan Zul



Leave a Comment

Scroll to top