Mabuk Tujuh Lautan – Wings Reviewed by Momizat on . [youtube v="EXBq1HrRFxo"] [divide] Demi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kisikan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Adu [youtube v="EXBq1HrRFxo"] [divide] Demi nafas serta nyawa Yang berlegar di nyali Tak pernah ku naksir Kisikan namamu Pabila kelodan melintasi langit kirmizi Adu Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Wings » Double Trouble » Mabuk Tujuh Lautan – Wings

Mabuk Tujuh Lautan – Wings

YouTube video

Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar di nyali
Tak pernah ku naksir
Kisikan namamu

Pabila kelodan melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik
Kau ku edan
Dan ku asyik

Kurniakan
Pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah
Keranamu
Menyuluh laluan penuh karang
Di balik gelora

Sungguh
Aku tagih
Kama
Keramatmu
Kasihanlah

Ku yang mabuk 7 lautan
Mendamba sempadan kabut dua rasa
Tinggal membilang layang-layang
Sejak hilang jejak hari dan minda

Kurniakan
Pintaan tulus fakirmu
Restulah ratu
Kirana anggunmu
Pada ku yang sengsara

Sungguh
Aku rindu
Kama
Keramatmu
Kiranaku

[Solo]

Kurniakan
Pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah
Kirana mu menyuluh laluan
Yang penuh karam

Aku rindu
Kiranaku
Restukanlah
Restukanlah
Keramatmu

Restukanlah

Lirik: Loloq
Lagu: M. Nasir



Leave a Comment

Scroll to top