Kau Bukan “Brader” – Wings Reviewed by Momizat on . [youtube v="vJWSYhMGB1Y"] [divide] Lagaknya tenang tak ramai perasan Ada kala dia seakan budiman Tapi air tenang Jangan sangka tiada buaya Dia licin pantas dan [youtube v="vJWSYhMGB1Y"] [divide] Lagaknya tenang tak ramai perasan Ada kala dia seakan budiman Tapi air tenang Jangan sangka tiada buaya Dia licin pantas dan Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Wings » Jerangkung Dalam Almari » Kau Bukan “Brader” – Wings

Kau Bukan “Brader” – Wings

YouTube video

Lagaknya tenang tak ramai perasan
Ada kala dia seakan budiman
Tapi air tenang
Jangan sangka tiada buaya

Dia licin pantas dan kenal semua lubang
Yang atas yang paria semua dalam cengkaman
Kuasa tepung Syurga
Igauan masyarakat

Dia tak kenal umur
Dia tak kenal bangsa
Jika ada duit adalah barangnya

Duit untuk racun
Racun untuk hayal seketika

Kau bukan brader
Kau bukan orang
Kau perosak bangsa
Engkaulah binatang

Tak dapat ibu
Anak kau musnahkan
Asal puas nafsumu
Menyokong syaitan

[Muzik]

Di sekolah di rumah di hospital di mahkamah
Dia akan bersarang kalau tak dijaga
Tak mudah dikesan
Dia macam saudara

Kau bukan brader
Kau bukan orang
Perosak bangsa
Engkaulah binatang

Tak dapat ibu
Anak kau musnahkan
Asal puas nafsumu
Menyokong syaitan
Oh.. syaitan

Lirik: Joe
Lagu: M. Nasir



Leave a Comment

Scroll to top