Siaran 9 – Wings Reviewed by Momizat on . [youtube v="mSAgTd8qpvU"] [divide] Andai engkau mahu lihat Keindahan yang ku lihat Pejamkanlah lima-lima Inderamu seketika Dan bukakan pula mata hatimu Dikit de [youtube v="mSAgTd8qpvU"] [divide] Andai engkau mahu lihat Keindahan yang ku lihat Pejamkanlah lima-lima Inderamu seketika Dan bukakan pula mata hatimu Dikit de Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Wings » Orang Asing » Siaran 9 – Wings

Siaran 9 – Wings

YouTube video

Andai engkau mahu lihat
Keindahan yang ku lihat
Pejamkanlah lima-lima
Inderamu seketika

Dan bukakan pula mata hatimu
Dikit demi sedikit kasih
Pasti kau kan menangis
Kerna gembira
Sangat gembira melihatnya

Sehingga terasa
Pernah bersua
Tapi dah terlupa
Bila masa
Dan di mana

Di antara
Sebuah mimpi
Dengan kenangan
Engkau menyesal
Dan bersyukur

Kesal kerna memandang
Hanya sebelah mata
Tak pandai menghargai

Barang yang berharga
Syukur diberi
Peluang yang kedua kali
Untuk buktikan

Biar hujan petir
Kilat menyambar
Dan lautan api menyimbah
Biar terancam

Nyawamu
Di hujung pedang
Tak kau lepaskan
Janji kau berikan

Untuk setia sepanjang
Meniti dan menanti hari

Kau kembali ke sisinya
Impianmu yang sebenar-benarnya
Kau kembali ke sisinya
Impianmu yang sebenar-benarnya

Kau kembali ke sisinya
Impianmu yang sebenar-benarnya
Kau kembali ke sisinya
Impianmu yang sebenar-benarnya

Lirik: Loloq
Lagu: Joe



Leave a Comment

Scroll to top