Kau Takkan Tahu – Zizan Razak Reviewed by Momizat on . [youtube v="0EAfF78rZRs"] [divide] Ku selesa sudah berpunya Dia juga berteman dan khabarnya bahgia Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja Tidak pernah lebih walau ker [youtube v="0EAfF78rZRs"] [divide] Ku selesa sudah berpunya Dia juga berteman dan khabarnya bahgia Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja Tidak pernah lebih walau ker Rating: 0
You Are Here: Home » Melayu » Zizan Razak » Kau Takkan Tahu – Zizan Razak

Kau Takkan Tahu – Zizan Razak

YouTube video

Ku selesa sudah berpunya
Dia juga berteman dan khabarnya bahgia
Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa

Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Biar suku hari berbualkan kisah masa
Biarpun kudapan berhadapan dan semeja
Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela

Tapi yang berlaku itu ku kurang mengerti
Pandangan berubah merenungnya saban hari
Mungkin ini kisah rasa atau soal hati
Bukan kurang peka perasaan si menanti

Bukan kurang peka perasaan si menanti
Sedar nya setia tika pulang petang nanti
Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku
Ku tidak akan runsing… Cuma…

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu
Tahu..

Kalau ku membanting tulang
Kalau ku menjaga kata
Dan kalau ku lebihkan masa
Dan kalaulah kau begitu juga

Masalah yang tidak dibincang
Di angkasa tapi tiada bintang
Dan hadiah tak semua disimpan
Ku setia tak perlu diiklan

Mungkin bukan masa yang kau perlu
Mungkin aku saja yang kau perlu
Boleh diatasi satu-satu
Ku hampir mula, tunggu aku, cuma..

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu
Tahu..

Jasad hadir tapi hati tak begitu
Firasat akhir bukan aku yg di situ
Untuk kamu aku bukan lagi ratu
Tak cukup sempurna malah buang waktu
Dirundung sepi ku di hurung murung
Cinta agung lepas dari junjung
Ku usung hiba, kelam, mendung
Namun kau hanya membiar.. biar.. biar..

Kadang aku tertanya
Salah-salah kita ada di mana
Bagaimana harus ini berakhir?
Banyak yang terpendam dari yang terzahir

Nanti dulu sayang, sebentar wahai sayang
Mungkin seperkara dua ku terlepas pandang
Ku masih lagi sayang, Kau nyawa ku sayang
Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu
Tahu..

Simpan alasanmu
Kau takkan tahu
Tahu..

Lirik: Alif/Ariz
Lagu: Alif



Leave a Comment

Scroll to top